Monday, July 9, 2012

"Incomplete"

“ When Allah knows you’re ready for the responsibility of commitment, 
He’ll reveal the right person under the right circumstances. 
Wait patiently. Grow and be ready,
you’ll see Allah will give you a love story far better than you could ever dream of.”



Title: Incomplete
Author: Aiman Azlan


I want,
A gentle touch without guilt,
A soothing voice in my ears,

A sweet medicine of laughter,
A soft pressure on my shoulder,
The coolness of my eyes,
A blessing from above,
A pair of wings like a dove,

I want,
The other half of me.

"And among His signs is that He created for you from yourselves mates that you may find tranquility in them; and He placed between you affection and mercy. Indeed in that are signs for a people who give thought."

(Surah ar-Ruum, Ayat 21)


Wednesday, July 4, 2012

Cara mudah bangun pagi


Tau tak nape kite susah nak bangun subuh..??sebaaabbb...

  • Dah menjadi tabiat untuk tidak bangun subuh
  • Korang tidur lewat, yakni pukul 2, 3, 4 am!! Huhu
  • Perasaan malas yang menebal dalam diri
  • Korang tak baca doa masa tidur, syaitan ikat diri korang

Tak lame lagi Ramadhan nak dtg..so kt sni nak share bebrape tips yang boleh kite gune bagi memudahkan kite untuk bangun solat malam / sahur / solat subuh....



1. Tidur awal dalam kol 10 atau 11 malam supaya tidur korang mencukupi.

2. Lakukan  adab-adab sebelum tdr

3. Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal.

4. Pasangkan niat; ‘Aku nak bangun pukul sekian kerana Allah.’

5. Maafkan semua orang sebelum tidur.

6. Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.

7. Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur.

8. Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu anda. Pastikan ia berkualiti.

10. Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan untuk mengejutkan korang. Mungkin minta mereka simbahkan air atau urut ibu jari korang sekiranya masih sukar untuk bangun!

*antare care len yg pernah ku cube utk mudah bangun malam adlh dengan cara TIDUR KAT LANTAI (jgn letak tilam empuk pula kat lantai)
serius menjadi..sebb pernah dengar kisah sahabat nabi yang berbantalkan batang kayu (tdr x terlalu selesa) supaya memudahkan mereka utk solat malam.


selamat mencuba dan beramal sahabat2 ku..
moge Ramadhan kali ini lebih baik dr Ramdhan lepas...^_^


Persediaan sebelum Ramadhan




Tuesday, April 10, 2012

Thursday, March 22, 2012

10 amalan pembuka rezeki

1. Memperbanyakkan Istighfar Dan Bertaubat
Allah SWT berfirman:
“Maka Aku katakan kepada mereka: ’Mohonlah ampun kepada Tuhanmu. Sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun (Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantarkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-pinak,dan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).”
(Surah Nuh [71]: Ayat 10-12).    



2. Meningkatkan Ketakwaan
Firman Allah SWT:
“Sesiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki daripada arah yang tidak disangka-sangka. Dan sesiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya.”
(Surah At-Thalaq [65]: Ayat 2-3)


3. Gemar Menyambung Ikatan Silaturahim
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, “Sesiapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya,maka hendaklah ia menyambung tali silaturahim.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

4.  Gemar Mendermakan Harta
Firman Allah SWT;
“Katakanlah: ‘Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (sesiapa yang dikehendaki-Nya). Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia-lah pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.”
(Surah Saba’ [34]: Ayat 39)..

5.  Membiasakan Ibadah Dengan Betul
Dalam satu hadis Qudsi Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, “Sesungguhnya Allah berfirman, “Wahai anak Adam, sibukkanlah untuk beribadah kepada-Ku, nescaya akan Aku penuhi dadamu dengan kekayaan dan Aku tutup kefakiranmu. Jika tidak kamu lakukan nescaya akan Aku penuhi pada kedua tanganmu kesibukan dan tidak Aku tutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad).

6.  Menunaikan Ibadah Haji Dan Umrah
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda,  “Lakukanlah haji dan umrah,kerana keduanya akan menghapus kefakiran dan dosa sepertimana api menghilangkan karat besi,emas dan perak.” (Riwayat Ahmad).

7.  Hijrah Di Jalan Allah (Fisabilillah)
Allah SWT berfirman :
“Sesiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang.
(Surah An-Nisa ‘[4]: Ayat 100).

8.  Bertawakal Kepada Allah
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam“Seandainya kalian mahu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benarnya, pasti Allah akan memberikan rezeki kepadamu sebagaimana burung yang diberikan rezeki,pagi-pagi dia dalam keadaan lapar dan kembali dalam keadaan kenyang.” (Riwayat Ahmad dan Tirmidzi).

9.  Mengamalkan Solat Dhuha
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, “Sesiapa solat Dhuha enam rakaat, ia akan dicukupi keperluannya hari itu.” (Riwayat Thabrani dan Abu Darda).

10.   Menyara Penuntut Ilmu
Anas bin Malik RA berkata, “Dulu ada dua orang bersaudara pada masa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Salah seorang menuntut ilmu pada majlis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, sementara yang seorang lagi, bekerja. Lalu saudaranya yang bekerja itu mengadu kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam (lantaran ia memberi nafkah kepada saudaranya itu). Maka Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, “Mudah-mudahan engkau dimurahkan rezeki dengan sebab dia.” (Riwayat Tirmidzi).

sumber : WanWMA

Monday, March 12, 2012

"jgn kahwini wanita yg ENAM"

Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".

1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang suah botak.

5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:

Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk sumainya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

Thursday, February 16, 2012

‎6 Keburukkan disebabkan tabiat banyak makan

1- Menghilangkan dari hati rasa takut kepada Allah SWT.

2- Menghilangkan dari hati rasa belas kasihan terhadap sesama makhluk kerana menyangka orang lain juga sentiasa kenyang sepertinya.

3- Memberatkan seseorang untuk menunaikan kewajipan agama yang telah Allah SWT fardhukan.

4- Perut yang sentiasa kenyang hatinya tidak akan menerima sedikit pun kata-kata hikmah.

5- Mereka yang perutnya sentiasa kenyang apabila menyampaikan ilmu, Allah SWT tidak akan membuka pintu hati para pendengarnya.

6- Perut yang sentiasa kenyang adalah lubuk segala penyakit berbahaya.

Apa yg penting dari setiap meals yg kita ambil adalah makanan yang mengandungi zat dan nutrisi yang seimbang yang di perlukan oleh badan. pengambilan makanan juga perlu setanding dengan kandungan kalori yang LAYAK kita ambil..

The most important thing,

"MAKAN KETIKA LAPAR,BERHENTI SEBELUM KENYANG"

*itu kan sunnah nabi kita..^_^

Tuesday, February 14, 2012

INI SUDAH MEMADAI SEBAGAI BEKALAN HIDUP SEMENTARA DI DUNIA



Inilah Mahar yang mampu saya sediakan, “Kata Ali bin Abi Talib sebaik sahaja Nabi Muhammad s.a.w menerima lamarannya mengahwini Fatimah. Fatimah adalah anak bongsu Nabi Muhammad hasil perkongsian hidupnya dengan Khadijah.

Barang yang diberikan sebagai hantara hanyalah baju besi kegunaannya semasa ke medan perang. Baju besi itu sebenarnya adalah pemberian Nabi Muhammad s.a.w kepadanya suatu masa dahulu.

Sebelum ini, beberapa orang sahabat besar termasuklah Umar dan Abu Bakar sendiri pernah melamar Fatimah tetapi ditolak dengan baik oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Pada hari Jumaat, sepertimana yang ditetapkan, berlangsung perkahwinan antara Fatimah binti Muhammad dengan Ali bin Abu Talib. Semasa itu Fatimah berusia 18 tahun. Pada masa itu, sebagai pengantin, Fatimah mengenakan pakaian terbaik dan tercantik yang dimiliki. Sehelai pakaian yang diperbuat daripada bulu dan melebihi daripada 12 tampalan. Itulah pakaian pengantin Fatimah binti Muhammad. Tanpa manik dan labuci. Apatah lagi, hiasan barangan dan permata berlian.

Keesokan harinya, Nabi Muhammad mengundang Abu Bakar, Umar dan Usamah bagi mengiringi pengantin perempuan kerumah suaminya. Ini adalah antara adapt orang Arab turun temurun. Sebaik sahaja Abu Bakar, Umar dan Usamah tiba di rumah Nabi Muhammad, mereka terkedu memerhatikan beberapa barangan yang dibekalkan kepada Fatimah ke rumah barunya.

Barang-barang itu adalah pengisar tepung, sekeping kulit binatang yang siap dibersihkan, cerek dan sebuah pinggan. Ketiga-tiga mereka memerhati kea rah barang-barang yang terkumpul di sudut rumah. Mereka saling berpandangan dan menahan sebak.

“Inikah barang-barang yang mengiringi puteri tuan ke rumah suaminya?” Tanya Abu Bakar dengan nada sayu. Dia tidak dapat menahan sebak di dadanya.

Nabi Muhammad menoleh kea rah Abu Bakar yang sedang mengesat air matanya. “Ini sudah memadai sebagai bekalan hidup sementara di dunia.”

Dengan perasaan terharu, mereka membawa barang-barang itu. Nabi Muhammad pula memimpin puterinya, Fatimah.

Tiba di rumah Ali, Fatimah dan rombongan dipersilakan masuk dan jamuan sederhana diadakan bagi meraikan majlis perkahwinan mereka. Sebelum Nabi meninggalkan puterinya, Baginda menadah tangan dan berdoa, “Semoga Allah mengampunkan antara kedua-duanya, memberkati merka berdua, memelihara keturunan mereka, memuliakan keturunan mereka, membuka pintu-pintu rahmat, sumber ilmu serta memberi rasa aman sesiapa di sampingnya.”

Doa Nabi Muhammad itu diaminkan oleh semua yang hadir.

Sumber : Indahnya Cinta:Kisah-Kisah Kekasih Allah, oleh Ezee Rahmani.

Monday, February 13, 2012

BERHATI-HATI MENJAGA HATI



Hati orang mukmin ialah hati yang sihat dan ceria. Manakala hati orang yanag fasik (berdosa) ialah hati yang sakita dan resah. Dosa itu akan mengundang gelisah dalam jiwa.

Rasulullah s.a.w bersabda:"Dosa itu sesuatu yang mendatangkan rasa resah dalam hatimu."

Dosa ialah "virus" yang menyebabkan hati sakit. Hati yang sakit mudah dikuasai oleh hawa nafsu yang ditunggangi oleh syaitan. Apabila "raja" (hati) dalam kerajaan diri sakit, ia akan turun takhta, dan naiklah "penjahat" (nafsu) sebagai penguasa baru yang akan sentiasa mengajak diri kepada kejahatan.

Bagaimana mengesan penyakit hati?

Bagaimana merawat hati yang sakit sebelum menjadi parah? mula-mula kita perlu menyedari bahawa hati itu bolak balik sifatnya. Rasulullah s.a.w menjelaskan hati itu bolak-balik sifatnya bagaikan kuah yang sedang mendidih atau menggelegak. Simpang-siur dan turun naiknya begitu unik. Kekadang ia sihat dan baik, bagaikan fitrah asalnya. Namun, sesekali bertukar menjadi kelam, kusam, hitam bagaikan lakaran syaitan yang memantulkan kejahatan.

Bagiamana caranya untuk mengesan sama ada hati kita sihat atau sakit?

Syeikh Ibn Ata'illah memberikan panduan menerusi kata-katanya: "sebahagian daripada tanda matinya hati, iaitu jika tidak merasa sedih kerana tertinggalnya satu amalan kebaikan, juga tidak menyesal jika berbuat suatu perlanggaran dosa."

Hati yang sakit menolak segala "makanan rohani" yang enak dan lazat seperti solat, zikrullah, membaca al-Quran, doa dan lain-lain. Apabila solat tidak lazat, bukan ertinya solat itu yang tidak lazat tetapi kerana hati kita sakit. Apabila membaca al-Quran tidak manis, bukan bererti al-Quran itu pahit tetapi hati kita yang sakit.

Imam al-Ghazali memberi panduan;

"Carilah hatimu pada tiga tempat. Cari hatimu sewaktu bangun membaca al-Quran. Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika mengerjakan solat. jika kau tidak temui, cari hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati.'

Mari kita perincikan tiga kaedah ini:

1) membaca al-Quran

lazimilah mencapai al-Quran dan membacanya. Bacalah ayat-ayat Allah itu, kerana ia pasti akan menjana kekuatan jiwa untuk menghadapi badai kehidupan. Itulah penawar jiwa, ubat kepada hati.

Firman Allah yang bermaksud:"Diturunkan kepadamu al-Quran sebagai petunjuk dan rahmat serta penawar..."(Surah al-Isra':82)

Jiwa yang tidak membaca al-Quran umpama telefon bimbit yang kehabisan bateri. Betapa canggih sekalipun fungsinya dan betapa mahal sekalipun harganya, ia tetap tidak berguna jika kehabisan bateri. Begitulah jiwa yang mati, betapa segak, cantik, bertebaga dan anggun sekalipun jasad luaran seseorang, tanpa al-Quran segalanya tidak bermakna.

Orang yang berjaya tetapi meminggirkan al-Quran dalam hidup umpama mendaki puncak hanya untuk meninggikan lagi tempat jatuh. Ibarat memburu fatamorgana dunia, hanya untuk ditipu olehnya.

2) Mendirikan solat

Berkata seorang ulama bernama Hakim:"Jika kamu ingin Allah bercakap denganmu, bacalah al-Quran kerana al-Quran adalah ayat-ayat Allah yang ditujukan kepadamu. Tetapi jika kamu pula ingin 'bercakap' dengan Allah, maka dirikanlah solat kerana solat hakikatnya ialah doa, pengaduan, pujian dan rintihan seorang hamba kepada Allah."

Hati yang lemah akan mendapat semula kekuatannya apabila bersandar kepada satu kuasa Yang Maha Perkasa. Sebagai perbandinga, pakar-pakar psikologi sering menyarankan supaya kita meluahkan masalah yang membebankan hati kepada orang yang kita sayangi, percayai atau hormati. Langkah itu akan meredakan beban rasa yang mencengkam jiwa.

Ya, sekiranya kita meluahkan rasa hati kepada manusia itu pun sudah melegakan. apa lagi, jika kita solat, ini bererti kita meluahkan segala rintihan, permasalahan, kesusahan kepada zat yang mampu menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh hamba-Nya.

3) Mengingati mati..

Hati yang mengingati mati akan hidup, yang melupakan mati akan mati. Hiduplah dengan semangat orang yang bersedia untuk mati.

Sabda Baginda s.a.w:"Orang yang paling cerdik iaitu mereka yang banyak mengingati mati." (riwayat al-Baihaqi).

Ingat mati ialah pembasuh hati yang gelisah dan resah. Cukuplah mati sebagai peringatan dan pengajaran. Ingat mati akan memadamkan rasa nikmat melakukan maksiat. Ingat mati akan memadamkan rasa enggan melaksanakan taat. Ingat mati itu sesungguhnya akan memberi satu tenaga yang begitu ampuh untuk menjalani kehidupan dengan jiwa yang kukuh. Persediaan menghadapi mati menyebabkan kita lebih produktif dan aktif dalam hidup. Sebaliknya, melupakan mati akan mematikan hati.

Jika mati pun belum dapat mengingatkan kita, maka berdoalah kepada Allah agar dikurniakan 'hati' yang lain, kerana hakikatnya kita sudah tidak mempunyai hati lagi. BERHATI-HATILAH MENJAGA HATI, JANGAN SAMPAI KITA KEHILANGANNYA.

PANDUAN KHUSYUK SOLAT

1. Memakai pakaian yang bersih dan suci lagi kemas serta bau-bauan yang diharuskan dan sentiasa sembahyang di awal waktu kecuali jika ada sesuatu majlis atau keuzuran.

2. Tidak memandang ke kiri atau ke kanan sebaliknya terus memandang ke tempat sujud

Menyemaikan di dalam hati perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang Maha Melihat setiap gerak-geri kita.

3. Menumpukkan pandangan ke tempat sujud dan tidak banyak menggerakkan anggota badan dalam sembahyang.

4. Membanyakkan sedekah terutamanya kepada golongan fakir miskin.

5. Memastikan tidak ada gangguan di dalam kawasan atau persekitaran sembahyang.

6. Cuba memahami segala isi bacaan dalam sembahyang termasuk ayat Al Quran, zikir dan tasbih.

7. Mengambil wuduk dengan sempurna supaya air merata pada semua bahagian anggota yang wajib dan membaca doa apabila air melalui di tiap-tiap anggota tersebut.

8. Membaca surah An-Nas, selawat ke atas Rasulullah SAW, istighfar dan apa-apa bacaan untuk menjauhkan gangguan syaitan sebelum takbir.

9.Tidak menahan diri dari membuang air kecil atau air besar sebelum sembahyang sebaliknya hendaklah ditunaikan hajat itu .

10. Menjaga makan dan minum dan memastikan sumbernya dari yang bersih lagi halal serta menjauhi makanan yang haram dan syubahat.

11. Memastikan di bahagian hadapan tempat sujud tidak ada gambar yang boleh menarik pandangan yang menyebabkan fikiran dan hati terganggu.

12. Banyak mengingati mati dan menganggap sembahyang yang dilakukan itu adalah sembahyang yang terakhir dalam hidupnya.

13. Menyedari hakikat yang ianya sedang berhadapan dengan Allah yang Maha Agung dan Maha Mengetahui akan segala rahsia hambanya .

14. Memusatkan seluruh ingatan dan tumpuan pada sembahyang serta melambatkan bacaan tasbih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...